SELECTION RULES & GUIDELINES

Pemilihan Persatuan Pelayaran Malaysia

GARISPANDUAN & PERATURAN PEMILIHAN

ATLET DAN KONTINJEN SUKAN SEA 2015 SINGAPURA

Kertas Putih JK Pemilihan Persatuan Pelayaran Malaysia

Rujukan: SS2015/12/MSA/(001)

Tarikh: 15 Disember 2014

 

Sinopsis

  1. Sebagai penyediaan atlet dan kontijen pelayaran bagi mewakili negara ke Sukan SEA 2015 yang akan berlangsung di Singapura pada bulan Jun 2015, sidang Ahli Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Kebangsaan dari Persatuan Pelayaran Malaysia telah menyiapkan satu Garispanduan dan Peraturan Pemilihan Atlet-atlet dan Kontijen sebagai persiapan yang rapi, saksama dan lengkap pasukan Negara untuk rujukan semua yang bakal terlibat.
  2. Garispanduan & Peraturan ini hendaklah digunapakai dengan menyeluruh dan hendaklah diikuti dengan teliti agar tidak memberi kesan yang memudaratkan terhadap atlet-atlet muda, kerugian sumber dan masa yang dibelanjakan serta tidak wajar mengaibkan mana-mana pihak.
  3. Adalah tanggungjawab Persatuan Pelayaran Malaysia untuk menghalakan arah tujuan Pemilihan ini melalui kaedah dan tatacara yang terbuka lagi yang adil, lengkap dengan peraturan untuk mengutuhkan satu pasukan kontijen Negara bagi tujuan kemenangan dan meraihkan pingat-pingat untuk sumbangan Negara dalam kategori Pelayaran.
Translate »